#semasa
NOTIS PENUTUPAN JALAN, PEMBINAAN JAMBATAN BAHARU DI KAMPUNG BUKIT TEMALONG
BACHOK – Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Bachok memaklumkan Jalan Negeri di laluan D132 Jalan Mahligai - Gunong ditutup kepada semua kenderaan bermula 15 September 2022 sehingga 27 November 2023.
Penutupan jalan selama 15 bulan itu terpaksa dilakukan ekoran pelaksanaan projek menggantikan dua buah jambatan sedia ada kepada jambatan baharu di Kampung Bukit Temalong.
Menurut pihak JKR Jajahan Bachok, projek yang membabitkan kos RM 5.43 juta itu sangat penting bagi menggantikan jambatan sedia ada yang sempit dan hanya boleh dilalui satu kenderaan sahaja kepada jambatan baharu yang lebar dan selesa untuk pengguna jalan raya.
Laluan alternatif yang disediakan ialah melalui Kampung Keting (Laluan D13), Kampung Kedai Menanti (Lauan D13) dan Kampung Pak Badol (Laluan D134) bagi menghubungkan semula laluan yang terputus itu.
Jarak laluan alternatif tersebut ialah 9.4 kilometer.
Antara skop kerja yang terlibat dalam projek tersebut ialah menaik taraf jalan sepanjang 100 meter dengan piawaian JKR R2, membina dua buah jambatan baharu sepanjang 16.6 meter dengan piawaian JKR R2, pengalihan utiliti, pemasangan lampu jalan, rawatan tanah dan pemeliharan alam sekitar (EPW) dan Road Diversion.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita9pg





-Baca seterusnya...
2022-09-15 00:56:14
#semasa
0 Comments