#pimpinan
RM 8.9 Juta Bantuan Rumah Dhuafa' Sehingga Ogos 2022.
Pagi ini saya menyerahkan 2 buah rumah dhuafa' kepada Puan Nor Marina Bt Ahmad dari Kampung Kutan Sungai dan Puan Rahimah Bt Salleh dari Kampung Kutan Tengah.
Bagi tahun ini, sehingga Ogos 2022 sebanyak 105 buah telah dibina dengan peruntukan sebanyak RM 5.5 juta dan RM 3.4 juta bagi bantuan baik pulih 412 buah rumah orang asnaf yang memerlukan. Ia melibatkan 10 jajahan atau 45 DUN seluruh Kelantan.
Kerajaan Negeri Kelantan yang mempraktikkan tonggak Kebajikan terus komited membina rumah tersebut untuk keselesaan rakyat yang kurang berkemampuan.
#MerakyatMembangunBersamaIslam
#KeberkatanKemakmuranKebajikan
#32tahunMBI
#kelantan





-Baca seterusnya...
2022-09-29 04:11:49
#pimpinan
0 Comments