Ticker

6/recent/ticker-posts

SIAP SEDIA HADAPI MUSIM TENGKUJUH



#pas

SIAP SEDIA HADAPI MUSIM TENGKUJUH

Diramalkan bahawa negara kita akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang boleh membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan tersebut.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Kebimbangan tersebut ditambah lagi dengan fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.

Seperti yang pernah dialami sebelum ini, negara akan mengalami fasa peralihan monsun yang berlaku pada akhir September hingga awal November.

MetMalaysia melaporkan bahawa risiko untuk berlakunya banjir kilat adalah tinggi dalam tempoh ini terutamanya di kawasan yang rendah di pantai barat Semenanjung.

Muktakhir ini juga kerap berlaku banjir kilat yang menenggelamkan beberapa kawasan di Malaysia.

Sehubungan itu, Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) telah mengarahkan bantuan diberikan ke kawasan yang terlibat sepanjang berlakunya banjir kilat ini dan banjir kilat yang akan berlaku pada masa hadapan.

Sudah tentulah persediaan dan persiapan awal bagi menghadapi ketibaan bencana ini hendaklah dipertingkatkan. Justeru semua entiti yang bernaung di bawah Khidmat Malaysia seperti Jabatan Amal, Briged Muslimat, Lajnah Kebajikan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGOs) serta Khidmat Malaysia di peringkat Negeri dan Kawasan hendaklah memulakan persiapan termasuklah menyediakan tenaga kerja dan peralatan yang bersesuaian dengan operasi bencana nanti.

Bilik Gerakan Negeri dan Bilik Operasi di peringkat kawasan serta kelengkapan dan peralatan pentadbiran mestilah dipersiapkan.

Khidmat Malaysia Pusat akan mengadakan mesyuarat penyelarasan dalam masa terdekat yang akan dipengerusikan oleh Datuk Siti Zailah Mohd Yusof, Pengerusi Khidmat Malaysia merangkap Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berkhidmat untuk Kemanusiaan. Beramal kerana Allah.

#KhidmatMalaysia
#MalaysiaSejahtera











...
-Baca seterusnya...
2022-09-15 12:49:10

#pas

Post a Comment

0 Comments