Tidak menyangka kegembiraan pulang bercuti aidiladha petanda akhir arwah bersama keluarga. Sayu Kak Taz mendengar kisah arwah dan anak-anak walaupun ini adalah kali kedua Kak Taz ziarah anaknya selepas arwah ibunya.
Takziah Kak Taz ucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham Yusni Abdul Hamid, 33, yang maut dalam kemalangan berhampiran persimpangan lampu isyarat Kampung Dalam Kemunting pada 14 Julai lalu itu turut menyebabkan anak Yusni, Mohammad Sharul Rizal Mohd Azizi, 12, putus kaki.
Semoga ahli keluarga tabah dan diberi kekuatan jiwa dalam menghadapi ujian Allah SWT termasuklah anak-anaknya yang masih kecil, moga dipelihara Allah SWT.
Terima kasih kepada pelbagai pihak seperti YB ADUN Semerak, JKM, PERKESO yang telah mengambil cakna kebajikan arwah dan anak-anaknya. Terima kasih juga buat Pengarah U-Kekwa, Penghulu dan SKC yang turut bersama Kak Taz dari awal kejadian hingga sekarang.
إنا للّٰه وإنا إليه راجعون.
#kaktaz #kelantancaknakebajikan #kelantan #accident



-Baca seterusnya...
2022-08-26 02:52:07
0 Comments