#pimpinan
YAB Ustaz Dato' ketika menyampaikan amanat dan penyerahan sumbangan pembangunan kepada 12 buah sekolah sempena Seminar Menangani Gejala Sosial yang diadakan di SMKA Falahiah Pasir Pekan.
Program berkenaan merupakan usahasama Kerajaan Negeri bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Kerajaan Negeri yakin usaha bersepadu semua pihak bagi menggembleng tenaga, idea dan kepakaran akan mewujudkan suasana komuniti masyarakat yang sejahtera.
Seminar tersebut dimulakan dengan pembentangan daripada Ketua Polis Negeri Kelantan YDH DCP Dato' Muhamad Zaki Hj Harun dan Pn. Adzmiral Binti Nawi, Penolong Pegawai Pencegahan AADK Negeri Kelantan.
Turut hadir sama YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Dato' Hassan, Pengerusi Jkuasa Pembangunan Insan, Pengajian Tinggi, Pendidikan, Sains Dan Teknologi dan Tuan Mashadi Bin Dato' Hj Mustafa, Timbalan Pengarah Pendidikan, JPN Kelantan.
Ucapan penghargaan dan tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan SMKA Falahiah atas kejayaan penganjuran seminar pada kali ini.
#MerakyatMembangunBersamaIslam
#kelantan
#IslamMenyatukanUmmah












-Baca seterusnya...
2022-09-15 06:15:51
#pimpinan
0 Comments