Alhamdulillah. Suasana sekitar penyertaan negeri Kelantan ke iGEM22 di KLCC.
Melalui portfolio Teknologi Hijau, saya memperuntukan RM35,000.00 bagi menyertai pameran pada kali ini. Kelantan Utilities Mubarakan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri diberi tanggungjawab bersama agensi-agensi berkaitan membawa ruang pelaburan dalam pembangunan teknologi hijau di Kelantan.
Antara ruang pelaburan yang dibuka adalah Pembangunan Eco Green Park di Danau Tok Uban sebagai pelengkap kepada pembangunan projek solar terapung dan Zon Industri Akuakultur di sana. Melalui pembangunan ini akan membantu merancakkan lagi pembangunan hiliran dari Projek Solar Terapung tersebut.
Turut dibawa adalah ruang kerjasama pelaburan dalam pembangunan Rong Chenok Agro Valley iaitu projek ternakan komersial lembu Hybdrid Naimbif dan Projek Hydrophonic Sayuran.
Banyak lagi ruang kerjasama yang dibuka untuk dibangunkan bersama. untuk maklumat lanjut boleh melawat di Booth Kelantan di iGEM. Semoga iGEM ini membuka ruang kepada pembangunan ekonomi negeri melalui teknologi hijau. Insyaallah.






(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-13 23:04:27
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments