Ticker

6/recent/ticker-posts

BANGUNLAH, BUMI TUA INI SEMAKIN TENAT Generasi akan datang akan sangat berterima kasih jika kita da...



BANGUNLAH, BUMI TUA INI SEMAKIN TENAT

Generasi akan datang akan sangat berterima kasih jika kita dapat menjaga bumi ini dengan baik.

Bayangkan sebuah kehidupan dengan udara yang segar, tumbuhan yang menghijau, air yang bersih dan tanah yang subur.

Ia akan memakan masa yang panjang dan kos yang tinggi, namun ia tidak mustahil.

Kejayaan inisiatif Wakaf Air meraih RM4.21 juta dalam tempoh 20 bulan menunjukkan bahawa masih ada cahaya buat bumi yang tua ini.

Bencana banjir yang kerap berlaku pula menjadi signal bahawa pelaksanaan projek tebatan banjir perlu dipercepatkan.

Keseimbangan ekosistem dan persekitaran yang bersih menjadi cita-cita yang kita harapkan.

Kerana itu usaha melestarikan alam sekitar menjadi keutamaan dalam agenda pembangunan negara yang dirancang oleh Perikatan Nasional seiring dengan Pelan Kelestarian Alam Sekitar di Malaysia 2020-2030 yang merangkumi 26 inisiatif dan 4 tunjang utama.

Dalam usaha ini, Perikatan Nasional memandang penting tentang pembangunan industri tenaga hijau serta pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem marin dan hutan.

Kita juga berhasrat agar segala akta dan peraturan berkenaan kelestarian alam dapat dilaksanakan secara efektif

Lagipun bukankah Allah SWT telah memerintahkan agar hasil sumber bumi diuruskan dengan baik lagi adil serta diagihkan untuk memanfaatkan semua penduduk di sesebuah negeri.

Menteri Alam Sekitar dan Air juga sering mengingatkan bahawa kegagalan mengurus alam ini akan menatijahkan rantaian masalah yang tidak berkesudahan.

Atas kesedaran itu, Perikatan Nasional bakal menyediakan satu solusi bagi melestari kualiti alam sekitar untuk kita wariskan kepada generasi akan datang.

Undilah Perikatan Nasional supaya agenda kelestarian alam sekitar ini dapat membawa lebih banyak faedah dan kestabilan kepada masyarakat dan negara.

#BersihdanStabil
#MalaysiaSejahtera



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-25 06:59:24

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments