Dijemput semua bersama pada Karnival Panchor Sejahtera sepanjang hari Sabtu 15 Oktober 2022 ini. Hadirin yang ingin mengambil rasa Senaman Melayu Tua bersama saya, boleh hadir jam 8:30 pagi.
Menu jamuan rakyat kali ini ialah singgang daging lembu sado muda. Bagi bangkit selera sikit. Pelbagai acara, pameran dan cabutan bertuah diserikan sepanjang hari.
Tidak sah kalau tidak disempurnakan dengan ceramah perdana di sebelah malamnya. Insya Allah akan sepentas bersama dengan Datuk Ustaz Marzuk Shaary.

-Baca seterusnya...
2022-10-13 11:47:10
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments