HARIRI JANGAN BERSEKONGKOL DENGAN PESALAH INTEGRITI Noor Hariri, Ketua Pemuda UMNO Kelantan nampakn...






HARIRI JANGAN BERSEKONGKOL DENGAN PESALAH INTEGRITI

Noor Hariri, Ketua Pemuda UMNO Kelantan nampaknya tergopoh-gopoh lagi dalam membuat pembelaan terhadap Asyraf Wajdi berkaitan isu integriti yang beliau dengan sengaja lakukan.

Pada saya Hariri tidak perlu bersungguh mempertahankan sesuatu yang jelas salah. Apa lagi melibatkan kesalahan integriti. Lebih teruk apabila dilihat cuba melarikan isu dengan mencipta konotasi kesalahan kepada orang lain.

Jika benar Hariri sayangkan Ketua Pemudanya, nasihatilah beliau untuk kembali berakhlak dalam pentadbiran. Jika perkara sekecil sebaran gambar perbincangan sebegitu gagal dipatuhi oleh Asyraf Wajdi, apa lagi yang diharapkan untuk mentadbir negara.

Hariri tidak perlu "try hard" mempertahankan Asyraf Wajdi berkait kesalahan integriti yang jelas sebegitu kerana membela kesalahan seolah merestuinya dan menjadikan beliau juga tidak berintegriti.

Untuk dilihat berjiwa besar, mengakui kesalahan tidaklah sesekali mengecilkannya, malah lebih dilihat berwibawa

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

19 Rabiul Awal 1444 / 16 Oktober 2022

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-16 00:21:31

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments