Ticker

6/recent/ticker-posts

[KENYATAAN YANG DIPERTUA KPKM | PENAFIAN & PENJELASAN] Berkenaan satu video bertajuk "Cerita ro...






[KENYATAAN YANG DIPERTUA KPKM | PENAFIAN & PENJELASAN]

Berkenaan satu video bertajuk "Cerita rombongan Kerajaan Kelantan ke Mesir. Apa yang sebenarnya berlaku?" yang telah tular di media sosial baru-baru ini.

Di peringkat KPKM ingin menegaskan kenyataan mengenai usaha pelajar mengumpulkan duit sendiri untuk membeli pembesar suara di surau rumah negeri tanpa pertolongan kerajaan negeri adalah salah dan tidak benar.

Dan perlulah difahami bahawa sebarang usaha untuk baik pulih barangan rumah negeri adalah sumbangan daripada kerajaan negeri dan persatuan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri Kelantan sentiasa cakna dan mengambil berat terhadap perkembangan anak-anak Kelantan di bumi Mesir terutamanya kebajikan, keselesaan dan pendidikan melalui KPKM selaku wakil rasmi Kerajaan Negeri dan Pejabat Pegawai selaku pihak yang berautoriti bagi seluruh anak-anak Kelantan di Mesir.

Akhir sekali, pihak KPKM mengharapkan segala apa yang berlaku mestilah merujuk kepada pihak yang sepatutnya.

Sekian,

Mohammad Haizat bin Mohd Rashid
Yang Dipertua, Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023

"Belajar dan Beramal"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
#BersamaBersatu
#BersamaKukuhkanWarisanUmmah

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-25 09:44:39

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments