KPKB RINTIS PROJEK TERNAK LEMBU INTEGRASI
Kerajaan Negeri Kelantan amat komited menambah populasi ternakan lembu melalui kaedah ternakan intergrasi sebagai jaminan kecukupan bekalan daging segar tempatan pada masa hadapan.
Exco Pertanian negeri, YB Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata konsep penternakan lembu integrasi diperkenalkan sejak tahun 2022 di Ladang Kelapa Sawit FGV Aring 1, Blok B milikan FELDA seluas 600 ekar.
Katanya, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) diberi mandat untuk merintis projek itu dengan menyelia proses membeli dan membina kandang ringkas bagi tujuan penternakan tersebut kepada usahawan ternak terpilih.
Manakala aspek pengurusan pula dikendali Pegawai Seranta Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh dan pemantauan kemajuannya dilaksanakan oleh pegawai Veterinar Gua Musang.
"Kita memperuntukkan dana RM200 ribu kepada KPKB untuk menyelia urusan membeli lembu, pembinaan infrastruktur ladang dan kos operasi dalam tempoh tiga tahun.
Konsepnya ialah usahawan ternak memelihara 52 ekor lembu termasuk anak secara lepas bebas meragut di ladang tanaman kekal. Kaedah ini juga dapat memaksimumkan penggunaan tanah kepunyaan peneroka seluas 82 ekar," jelasnya semasa melakukan lawatan kerja ke Ladang Intergrasi Al-Falah, pada 27 Oktober.
Beliau menyeru agensi kerajaan, syarikat atau persatuan untuk mengembangkan industri penternakan lembu ladang berskala besar melalui strategi ternakan intergrasi di ladang sawit bagi menjayakan Dasar Pertanian Negeri Kelantan 2021-2025 – Pelan Tindakan Strategik Pertanian Negeri Kelantan untuk Sektor Penternakan.
Sehubungan itu, Pengurus Korporat KPKB merangkap Penyelaras Program Perintis, Nasrul Hakimi Mohd Nasir memaklumkan Peserta Usahawan Ternak, Wan Ismail Wan Mamat dipilih memulakan projek perintis berdasarkan pengalaman anak tempatan itu dalam bidang ternakan ladang intergrasi.
"Konsep intergrasi ternakan ini dapat mengurangkan kos makanan ruminan dan mengurangkan penggunaan racun rumpai serta kos pembajaan. Kaedah ini bermanfaat dari segi pengawalan rumpai dan dapat dijadikan sumber pendapatan lain kepada pemilik ladang," katanya.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita9pg




(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-30 01:07:25
#semasa
#semasa
0 Comments