PKINK Nadi Ekonomi Rakyat Kelantan.
YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar ketika hadir dalam Majlis Anugerah Penarafan Bintang dan Perkhidmatan Cemerlang Kumpulan PKINK Tahun 2021.
PKINK telah berjaya dianugerahkan 5 bintang bagi Anugerah Penarafan Bintang Pengauditan UMI Bagi Tahun 2021 daripada Kerajaan Negeri Kelantan. Kejayaan ini melambangkan urus tadbir cemerlang dan integriti serta dedikasi warga PKINK.
Bagi tahun 2023, Kumpulan PKINK menyasarkan keuntungan sebanyak RM50juta. Berbanding dengan pencapaian sebenar bagi tahun 2021 berjumlah sebanyak RM75 juta.
Usaha ini akan diteruskan lagi dengan adanya sistem pajak gadai ar rahn, di mana rakyat Malaysia sejak dahulunya dan tidak asing lagi dapat membuat simpanan dan melabur dengan emas. Kini, terdapat sebanyak 33 cawangan Ar-Rahn di seluruh negara yang diselia sepenuhnya oleh Permodalan Kelantan Berhad (PKB).
Pembangunan usahawan merupakan core bisnes PKINK. Kini, terdapat lebih 1,000 usahawan yang berjaya di Kelantan, di mana 200 daripadanya mendapat manfaat daripada Pusat pengumpulan dan penjualan produk-produk usahawan Kelantan iaitu KALA Sentral.
Antara kejayaan Kumpulan PKINK yang terbesar termasuklah, berjaya tersenarai di antara 3 Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri yang mencapai keuntungan terbaik di Malaysia bagi tahun 2021.
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan PKINK sebagai terus cemerlang sebagai Penggerak Ekonomi Ummah.
#MerakyatMembangunBersamaIslam
#BersihdanStabil
#KelantanMajuRakyatSejahtera










-Baca seterusnya...
2022-10-26 11:43:01
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments