Ticker

6/recent/ticker-posts

PRU WAKTU BANJIR: NAK KEMBALIKAN MANDAT RAKYAT ATAU TAKNAK RAKYAT KELUAR MENGUNDI? Penganalisis politik Prof Madya Dr Jeniri Am...



#pas

PRU WAKTU BANJIR: NAK KEMBALIKAN MANDAT RAKYAT ATAU TAKNAK RAKYAT KELUAR MENGUNDI?

Penganalisis politik Prof Madya Dr Jeniri Amir berpendapat pilihan raya ketika bah akan menjejaskan peratusan yang keluar mengundi sedangkan peratusan tinggi amat diperlukan bagi mencerminkan suara sebenar rakyat.

"Pada hari tersebut, kita mahu pastikan peratusan yang turun mengundi berada pada paras tinggi sekurang-kurangnya 70 peratus atau 75 peratus, bukannya bawah 60 peratus apatah lagi 50 peratus."

"Saya percaya jika PRU15 tetap dijalankan ketika banyak negeri berdepan banjir, ia boleh memberi implikasi besar dari sudut demografi kerana mereka yang datang mengundi itu menggambarkan suara representatif, dan disebabkan itulah kita mahu ramai keluar mengundi," katanya.

Ketika banjir, keutamaan mangsa adalah menyelamatkan nyawa serta harta benda, dan pelaksanaan PRU ketika itu hanya menambah beban rakyat dan kerajaan sendiri yang perlu berbelanja besar untuk menguruskan operasi PRU ketika banjir dan juga bantuan kepada mangsa.

Pada Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa sebanyak RM1.4 bilion telah diperuntukkan untuk mangsa banjir pada penghujung 2021.

"Berdasarkan rekod dan data ini, saya fikir pihak berkuasa akan cuba mengelak daripada mengadakan PRU pada November atau Disember malah Januari juga. Kita harus bergantung pada data, statistik serta nasihat MetMalaysia, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak harus mengambil risiko mengadakan PRU pada waktu yang mencabar ini," katanya.

Untuk rekod, penggal Parlimen semasa akan tamat pada 15 Julai 2023 dan PRU mesti diadakan selewat-lewatnya pada 13 Sept 2023.

#1Lawan1
#PenyatuanUmmah
#MalaysiaSejahtera



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-05 06:03:41

#pas

Post a Comment

0 Comments