Ribuan rakyat Kelantan berhimpun Hari Wukuf

KOTA BHARU: Sehingga sekarang hanya Kelantan dan Terengganu mengisytiharkan 9 Zulhijah setiap tahun sebagai cuti umum bagi membolehkan rakyat negeri terbabit menghayati Hari Wukuf dengan menganjur pelbagai program keagamaan.

Di Terengganu program Malam Lambaian Arafah peringkat negeri diadakan di Masjid Bukit Payong malam tadi.

Manakala di Kelantan program Penghayatan Hari Wukuf diadakan di 14 kawasan parlimen yang bermula jam 8 pagi tadi, dengan kehadiran wakil-wakil rakyat, pemimpin tempatan dan orang ramai.

Di Kota Bharu program tersebut diadakan di Padang Turf, Padang Perdana dan tazkirah disampaikan Ustaz Hisyamudin Mustafa dari Institut Latihan Darulnaim.

Program serupa di kawasan parlimen Rantau Panjang diadakan di Dataran Apam Putra, Lubok Jong dan tazkirah disampaikan Prof Madya Dr Azhar Abdullah dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Di Jeli program terbabit diadakan di Taman Cahaya Ibadat, Gunung Reng. Tazkirah disampaikan Ustaz Abdul Fatah Jaafar dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Padang Puteri Saadong, Wakaf Bharu pula lokasi program Penghayatan Hari Wukuf bagi peringkat parlimen Tumpat. Tazkirah disampaikan Ustaz Zulqarnain Hassan dari Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK). Turut hadir bekas menteri besar Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob.
Di Bachok, program berkenaan diadakan di Kompleks Pendidikan Islam Kampung Badak. Tazkirah disampaikan Dr Mohd Alwee Yusoff dari Bahagian Dakwah Halaqat.

Di Pasir Puteh program tersebut diadakan di Masjid Tok Guru Bandar Baru Tok Janggut. Tazkirah disampaikan Ustaz Ropein Hassan dari Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.

Kompleks Tarbiah Panchor pula lokasi bagi peringkat parlimen Pengkalan Chepa, di mana tazkirah disampaikan Ustaz Suratmi Mat Yusof dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islsm Kelantan.

Di parlimen Ketereh program tersebut diadakan di perkarangan Masjid Al Rahim, Kampung Pangkal Kalong. Tazkirah disampaikan Ustaz Khairi Muhamad dari Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al Ihsan.

Program Penghayatan Hari Wukuf parlimen Machang diadakan di Dataran Kenanga, bandar Machang, di mana tazkirah disampaikan Prof Emeritus Dato' Dr Johari Mat.

Program serupa di Kuala Krai diadakan di Dataran Wadi Purnama Bechak Salak, tazkirah disampaikan Ustaz Ahmad Shairazi Atiqullah dari Pusat Pembangunan Pondok Bhd.

Perkarangan Masjid Buluh Gua Musang pula lokasi bagi kawasan parlimen Gua Musang, tazkirah disampaikan Ustaz Ilias Ahmad dari KIAS. 
Bagi kawasan parlimen Kubang Kerian diadakan di Maahad Taqadum Maarif Pasir Tumboh, tazkirah disampaikan Ustaz Zamri Zahari dari Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Anuar Pulau Melaka.

Dan program serupa bagi peringkat parlimen  Tanah Merah diadakan di Masjid Tok Guru Manal 3, tazkirah disampaikan Ustaz Syed Ahmad Ridwan Sayed Mohd Zain dari Yayasan Amanah Tok Kenali.


Post a Comment

0 Comments