RAKYAT BERHAK DAPAT KHIDMAT KESIHATAN TERBAIK
Perikatan Nasional telah membuktikan komitmen kami dalam menjulang aspek kebajikan rakyat. Hal ini terbukti menerusi tempoh pentadbiran PM ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menggerakkan 8 pakej ekonomi yang bernilai hampir 600 billion ringgit khusus untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat sewaktu melalui cabaran pandemik Covid-19.
Tubuh yang sihat adalah kunci kepada kenikmatan dalam menjalani kehidupan seharian. Tanpa nikmat ini, segala nikmat lain tidak begitu bermakna.
Masalah kronik sistem kesihatan negara pula telah sekian lama dipandang enteng. Maka adalah sangat wajar bagi mana-mana kerajaan memberikan komitmen untuk menawarkan khidmat kesihatan yang terbaik buat rakyat.
Kita mengharapkan tiada lagi masa menunggu yang lama di hospital dan klinik kerajaan kerana kekurangan staf dan kakitangan. Antara punca kepada masalah kekurangan staf kesihatan ini adalah disebabkan tiadanya pengurusan yang berkesan.
Maka, satu rombakan besar perlu digerakkan menerusi inisiatif badan bertindak khusus bagi reformasi sistem kesihatan negara seperti penubuhan sebuah suruhanjaya yang berperanan khusus merancang pelan perkhidmatan kesihatan secara komprehensif dan efektif. Hal ini termasuklah dalam menyelesaikan isu doktor dan pekerja kesihatan kontrak yang sedang berlaku.
Rakyat yang sakit juga sudah tentu tidak ingin dibebani dengan perkara renyah lagi menyusahkan seperti kekangan pengangkutan atau masalah akses ke pusat perkhidmatan kesihatan.
Jika kita lihat, masih terdapat banyak hospital yang tidak mesra dan terletak jauh daripada akses pengangkutan awam. Ruangan parkir di hospital-hospital pula sering tidak mencukupi. Maka masalah yang dipandang 'kecil' ini sebenarnya memberikan signifikan yang cukup besar kepada rakyat andai ia dapat diselesaikan.
Di sana juga terdapat, golongan rentan yang mempunyai masalah logistik untuk turun ke pusat khidmat rawatan kesihatan terdekat. Sewajarnya kuantiti khidmat kesihatan bergerak di kawasan yang bersesuaian serta peranan Jururawat Komuniti boleh dimanfaatkan.
Rakyat Malaysia kini berhadapan dengan satu lagi risiko selain penyakit jantung. Negara dijangka mempunyai 106,000 pesakit yang memerlukan rawatan dialisis menjelang 2040. Lebih menakutkan lagi ialah penambahan ketara pesakit yang lebih muda yang perlu menjalani dialisis. Ini secara tidak langsung akan members began kepada negara. Jesteru, satu langkah komprehensif perlu dilakukan dengan memberi penekanan kepada aspek pencegahan daripada rawatan. Bajet lebih besar perlu diperuntukkan bagi aspek pencegahan dengan penganjuran kempen-kempen kesihatan, subsidi makanan sihat yang lebih menyeluruh dan subsidi alatan sukan yang lebih menarik.
Sementara itu, rakyat marhen berhak mendapat rawatan terbaik di fasiliti kesihatan negara. Fasiliti kesihatan di luar bandar serta Sabah dan Sarawak wajar ditambahbaik dan dalam masa sama digitalisasi dan pemodenan fasiliti perkhidmatan kesihatan negara wajar berkembang sekata di seluruh negara.
Cabaran penyakit mental yang semakin meruncing juga tidak boleh dipandang kecil. Statistik oleh KKM pada 2019 merekodkan sebanyak 2.3% orang dewasa manakala 9.5% kanak-kanak berusia 10 hingga 15 tahun mengalami masalah kesihatan mental. Pesakit kesihatan mental wajar diberikan khidmat terbaik di mana-mana pusat kesihatan kerajaan.
Rakyat wajar dan berhak mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik. Status quo sistem kesihatan negara tidak boleh dibiarkan tanpa pelan dan visi reformasi sistem kesihatan yang jelas. Bahkan kerajaan patut memberikan penekanan dan lebihan bajet kepada pencegahan penyakit berbanding rawatan penyakit. Maka kami menyeru, pilihlah PN demi penambahbaikan perkhidmatan kesihatan.
Dr Mohd Mazri bin Yahya
AJK PAS Pusat
25/10/2022
#BersihdanStabil
#MalaysiaSejahtera




(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-25 12:58:22
#pas
#pas
0 Comments