3 SRITI muncul Sekolah KAFA Swasta Terbaik UPKK 2025

 


KOTA BHARU: Tiga Sekolah Rendah Integrasi Tunas Islam (SRITI) muncul sebagai sekolah KAFA Swasta Terbaik Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Kelantan 2025.

Sekolah terbabit iaitu SRITI Al- Furqan (1.25); SRITI Darul Atiq (1.34) dan SRITI Madinatul Ilmi (1.36). Turut cemerlang  dan SRITI Aulad Pintar (1.49) dan Sekolah Rendah Islam Sri Kota (1.50).

Pencapaian cemerlang pelajar SRITI Kelantan dalam Ujian Penilaian Kafa 2025 iaitu 9A seramai 80 pelajar, 8A (70 pelajar), 7A (28 pelajar), 6A (20 pelajar), 5A (24 pelajar), 4А (24 pelajar), ЗА (31 pelajar), 2А (16 pelajar) dan 1А (9 pelajar).

Pengurusan SRITI Kelantan pada kenyataan memberitahu seramai 304 pelajar cemerlang pada UPKK 2025.

“Tahniah dan syabas buat semua calon. Teruskan kecemerlangan dan kejayaan pada masa akan datang. Tidak lupa juga tahniah dan terima kasih buat guru-guru yang bertungkus lumus mendidik dan ibu bapa yang tidak putus-putus berdoa demi kejayaan anak-anak.

“Semoga kejayaan tersebut menjadi inspirasi kepada semua untuk terus berusaha lebih keras dalam menimba ilmu dan mencapai kejayaan yang lebih besar pasa masa hadapan,” katanya pada kenyataan.

Keputusan UPKK 2025 diumumkan pada Rabu lepas mencatat pencapaian membanggakan apabila 24,761 calon memperoleh gred cemerlang (A) bagi kesemua sembilan mata pelajaran dalam UPKK 2025.

Seramai 251,392 calon yang menduduki peperiksaan tersebut. Peratus calon yang mencapai tahap lulus UPKK 2025 sebanyak 89.61 peratus.

“Pencapaian Gred Purata Kebangsaan (GPK) turut menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 1.83 mata berbanding 1.85 mata pada tahun sebelumnya,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hassan baru-baru ini.

Sementara itu SRITI Darul Atiq Pasir Puteh menduduki tempat kedua terbaik sekolah KAFA kategori swasta mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 1.34.

Pelajar cemerlang sekolah terbabit yang mendapat 9A seramai 13 orang, 8A (7 orang), 7A (6 orang), 6A (seorang), 5A (4 orang), 4A (7 orang), 3A (4 orang) dan 2A (seorang).

Pengurusan SRITI Darul Atiq berkata, kejayaan itu hasil usaha semua pihak termasuk kegigihan murid, komitmen padu guru serta doa dan sokongan berterusan ibu bapa.

 

Post a Comment

0 Comments