Ticker

6/recent/ticker-posts

30 TAHUN MEMERINTAH, RATUS JUTAAN RINGGIT DIURUSKAN, 0 RASUAH! Inilah perjuangan Kelantan yang diur...



30 TAHUN MEMERINTAH, RATUS JUTAAN RINGGIT DIURUSKAN, 0 RASUAH!

Inilah perjuangan Kelantan yang diurus tadbir secara bersih dan stabil. Apakah kejayaan Kelantan pada tahun 2022 sahaja?!

1. 8.9 juta bantuan rumah dhaif tahun 2022 melibatkan 517 rumah dibina atau ditambah baik.

2. 89% progress pembinaan Jejambat Wakaf Bharu dengan kos RM105.5 juta

3. Penyediaan Laman Warisan Kampung Laut sebagai salah satu Muzium Hidup untuk tarikan rakyat tempatan dan pelancong asing

4. Dataran Serambi Alam Kok Lanas sebagai tempat riadah baru untuk orang tempatan

5. Naik taraf Taman Rekreasi Kolam Air Panas Tok Boh hampir siap dengan perbelanjaan sekitar 4.6 juta

6. 60% kemajuan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (Kesban) Fasa 1 sebagai langkah mengurangkan risiko banjir berdekatan Sungai Golok dan mampu dimanfaatkan oleh lebih 16,000 penduduk sekitar

7. Memperoleh Pensijilan Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2015 dalam bab pengurusan hutan Kelantan yang baik

8. Menerima pelaburan sekitar 6.3 billion bermula 2018 sehingga dijangka 2025 dengan lebih 1,000 peluang pekerja dan lebih 400 peluang perniagaan

9. Peruntukan khas pasca pandemik kepada nelayan dan peniaga kecil berjumlah 6 juta

10. Bandar Baru Jelawat yang menawarkan lebih 300 gerai dan lebih 1,000 peluang pekerjaan

11. Melahirkan lebih 200 tahfiz Quran pada 2021 di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan

12. Projek ladang solar terapung di Danau To' Uban dengan kemajuan 80% yang bernilai 500 juta akan memberi manfaat kepada lebih 86,000 isi rumah dan menjimatkan lebih 170,000 tan metrik karbon dioksida setiap tahun

13. Keluasan kawasan hutan simpan kekal (HSK) pada 2021 melebihi 620,000 hektar, nombor 3 tertinggi selepas Perak dan Pahang

14. Menjalankan program pembangunan insan Budaya Komuniti Rabbani Kelantan

15. Menambah baik institusi pondok dengan membiayai 3 orang tenaga pengajar di setiap pondok di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Cukuplah 15 kejayaan besar ini untuk tatapan semua. Inilah bukti usaha kami berkhidmat untuk rakyat.

Teruskan menyokong kami!

#PrihatiN
#BersihdanStabil
#PNBEST
#UndiBulan

...
-Baca seterusnya...
2022-11-17 10:50:01

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments