Ticker

6/recent/ticker-posts

BAJET 2023 HOLISTIK, FOKUS PADA PEMBANGUNAN INKLUSIF KOTA DARULNAIM – Menteri Besar YAB Ustaz Dato’...



BAJET 2023 HOLISTIK, FOKUS PADA PEMBANGUNAN INKLUSIF

KOTA DARULNAIM – Menteri Besar YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob memaklumkan Bajet 2023 yang dibentang dalam Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14, hari ini, terus menumpukan kepada pengembangan syiar Islam, meningkatkan tahap pendidikan dan modal insan rakyat, serta memfokuskan pembangunan inklusif.

Ustaz Dato' Ahmad juga menyatakan Kerajaan Negeri amat berharap pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu akan menatijahkan hubungan yang kekal baik berprinsipkan semangat federalisme yang tinggi di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Kelantan.

"32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam, Kerajaan ini akan terus memfokuskan kepada agenda Keberkatan, Kemakmuran Dan Kebajikan yang telah terbukti prihatin rakyat, berintegriti serta
mewujudkan kestabilan kepada negeri dan kesejahteraan kepada rakyat," katanya.

Beliau juga berteruma kasih atas keyakinan dan kepercayaan rakyat semakin teguh berdasarkan
kemenangan Perikatan Nasional dengan berlogo "bulan" di
semua 14 parlimen pada pilihan raya umum yang ke-15.

Terdahulu, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh pengundi tempatan dan perantau yang berusaha bersungguh-sungguh pulang ke kampung halaman seterusnya menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin yang terbaik buat Malaysia.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada semua rakyat Kelantan dan juga anak-anak Kelantan yang berada di perantauan yang berpusu-pusu balik mengundi walaupun terdapat kekangan masa dan pelbagai cabaran lain. Pada masa yang sama, rasa bersyukur kerana diberi anugerah dan kurnia Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi peringkat Parlimen Malaysia berjalan dengan penuh lancar dalam keadaan suasana yang begitu aman dan damai," katanya melalui laman media rasmi pada 19 November.

#KelantanMajuRakyatSejahtera
#MerakyatMembangunBersamaIslam

...
-Baca seterusnya...
2022-11-24 13:59:24

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments