TUMPAT - Calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan YB Dato’ Mumtaz Md Nawi menyifatkan usaha beliau untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tumpat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah pertandingan sihat sesama sahabat.
“Apabila kita menerima sistem demokrasi, semua yang bertanding adalah sahabat. Kita mahu pertandingan yang sihat berlandaskan dasar, maklumat dan kebenaran serta fakta.
Kerusi Parlimen Tumpat menyaksikan pertembungan lima penjuru antara beliau dengan Calon Barisan Nasional Dato’ Che Abdullah Md Nawi, Calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Che Muhammad Aseri Che Ali, Calon Pakatan Harapan (PH) Wan Johari Wan Omar dan terakhir dari Parti Warisan Khairul Azuan Kamarrudin.
Tambahnya, bandar Tumpat yang sememangnya terkenal dengan kepesatan penduduk berbilang kaum mencecah 178 ribu amat berpadanan dengan bertembungan lima penjuru daripada calon-calon yang hebat dan berwibawa.
0 Comments