Datuk Seri Takiyuddin Hassan For Kota Bharu
Warga Bandaraya Kota Bharu begitu mengenali keperibadian Datuk Taki sebagai seorang profesional, mudah didekati dan berjiwa rakyat.
Keharmonian Kota Bharu dapat disaksikan masyarakat pelbagai kaum saling hormat menghormati dibawah naungan dasar Membangun Bersama Islam.
Sifat toleransi tinggi sehingga tidak timbul isu perkauman atau isu agama.
Masjid meriah dengan kuliah. Masyarakat Cina, India penuh harmoni dengan aktiviti ekonomi dan uniknya semua bercakap dengan bahasa dan loghat yang sama.
Sebagai ibu negeri, sudah tentu aspek pembangunan ekonomi menjadi antara keutamaan Datuk Seri Takiyuddin sehinga bandar Kota Bharu pesat membangun.
Berderet kedai emas, pasaraya besar, pusat ekonomi rakyat sekaligus menyediakan peluang pekerjaaan kepada rakyat.
Pengalaman sebagai Menteri sudah tentu akan membawa pelbagai manfaat kepada warga bandaraya Kota Bharu dalam meningkatkan akses jaringan ekonomi serta membela kebajikan rakyat.
Pencapaian sebagai Menteri cukup besar kepada rakyat Kelantan.
Antaranya projek Empangan Hidro Elektrik Nenggiri RM5 bilion, Program Penghijauan Kelantan serta usaha menobatkan Gunung Stong sebagai GeoPark negara.
Kota Bharu Kekal Maju dibawah Teraju Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Buat warga Kota Bharu Pilihan Yang Pasti Buat Datuk Seri Takiyuddin Hassan .
#BersihdanStabil
#UndiBulan
#PNBEST
#prihatin
...
-Baca seterusnya...
2022-11-16 14:39:09
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments