Jamuan Rakyat dan Ceramah PRU-15 di Pokok Sena, Kedah.
Allah SWT menyebutkan dalam Surah al-Isra' bahawa pada Hari Kiamat nanti, setiap manusia akan dibangkitkan bersama pemimpin yang mereka ikuti sewaktu di dunia. Ini menunjukkan bahawa setiap amalan kita, termasuk dalam soal pemilihan pemimpin kerajaan akan turut dicatat oleh malaikat serta mempunyai perhitungan dosa dan pahala.
Demokrasi yang diamalkan ialah peluang bagi rakyat untuk menilai dan menghukum kerajaan sekiranya mengalami kelemahan, melakukan kesilapan atau penyelewengan.
Rakyat mempunyai tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran dengan cara turun mengundi menolak pemimpin yang zalim daripada memerintah umat Islam.
Sejarah sudah membuktikan betapa beratnya kesukaran yang dialami oleh rakyat apabila pemimpin yang zalim berada di tampuk kuasa.
Bantuan dan hak rakyat disekat, malah perlembagaan pula cuba dilerai satu persatu. Rakyat harus bangkit menolak pemimpin-pemimpin seperti ini pada PRU-15.
Maka, kita hendaklah mendahulukan penyatuan umat Islam Melayu dan mengajak bukan Islam yang tidak ekstrem dalam gabungan Perikatan Nasional.
Kita perlu bersama-sama membina kekuatan untuk melakukan perubahan di bumi Malaysia.
#MalaysiaSejahtera
#BersihDanStabil
#BEST
#TurunMengundi










(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-02 04:32:01
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments