KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PAS KELANTAN
KENYATAAN Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini mengenai DAP sebagai sebuah parti yang ekstrem dan giat mempromosikan Islamofobia adalah sesuatu yang benar.
Memetik kenyataan Pemimpin DAP, Nga Kor Ming yang mendakwa, Malaysia akan menjadi 'Afghanistan' sekiranya BERSATU yang berasaskan Melayu dan PAS dengan dasar Islamnya berkuasa dari PRU15 ini.
Laporan itu dikeluarkan portal yang ada hubungan rapat dengan DAP.
Ia tidak dapat dinafikan lagi biarpun Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil cuba mempertahankan DAP dengan mendesak pemimpin PAS membuat laporan polis.
Lebih malang lagi, kenyataan-kenyataan yang ekstrem tersebut berterusan dikeluarkan pemimpin DAP tanpa ada teguran sekutu mereka dalam Pakatan Harapan terutamanya Amanah (PAN) yang sebelum ini mendakwa sebagai sebuah parti Islam.
Perkembangan mutakhir ini, kenyataan pemimpin DAP jelas mempamerkan agenda yang berniat memburukkan Islam. Ibaratnya, tidak mampu sekadar menutup bangkai gajah dengan nyiru.
Menjadi sunnatullah bahawa sesiapa jua musuh sentiasa berusaha untuk memadamkan cahaya Allah namun pastinya gagal.
Sejarah menyaksikan betapa berlakunya di beberapa negara, Gerakan Islam sering ditekan dan pemimpinnya dipenjara, malah ada yang disiksa dan dibunuh. Namun atas kehendak Allah, sampai masanya kemenangan tetap datang dan tiada siapa mampu menghalangnya.
Firman Allah
"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka namun Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun dibenci oleh orang-orang yang kufur"
اتظنون دعوتنا ستموت بضربة # خابت الظنون وهي شر الظنون
"Adakah kalian menyangka dakwah kami akan mati dengan pukulan, meleset sangkaan tersebut bahkan ia adalah sejahat-jahat sangkaan".
YB Dato' Panglima Perang Dato' UstazMohd Nassuruddin bin Haji Daud
Ketua Penerangan PAS Negeri Kelantan
5 Jamadil Awal 1444H | 30 November 2022
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-30 09:30:09
#pas
#pas
0 Comments