KERJASAMA STRATEGIK UMK-PKINK DALAM BIDANG LATIHAN INDUSTRI
KOTA BHARU - Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus menerima kunjungan hormat daripada Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di tingkat 11, Bangunan PKINK, baru-baru ini.
Menurut Ab Aziz, kunjungan tersebut bertujuan menjalinkan kerjasama strategik antara FBI dan PKINK mengenai peluang-peluang latihan industri secara holistik bagi pelajar Sarjana Muda FBI di PKINK termasuk di syarikat-syarikat anak kumpulan PKINK.
Tawaran kursus dan pembelajaran bahasa Inggeris dan bahasa ketiga serta kerjasama industri dalam bidang komunikasi korporat dan lain-lain," katanya.
Turut hadir, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia, Ahmad Nazri Ismail, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pascasiswazah) FBI, Dr. Wan Ab Aziz Wan Daud, Prof. Madya Dr. Ali Salman, Dr. Azman Bidin, Dr. Amaal Fadhlini Mohamed dan pensyarah-pensyarah FBI UMK.
Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita1petang
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-13 05:29:05
#semasa
#semasa
0 Comments