Ticker

6/recent/ticker-posts

PESANAN KEPADA PENCERAMAH Al Marhum TG Nik Aziz pernah berpesan kepada saya, bila menyampaikan kuli...



PESANAN KEPADA PENCERAMAH

Al Marhum TG Nik Aziz pernah berpesan kepada saya, bila menyampaikan kuliah atau ceramah kena ada tiga perkara, iaitu;

1. Kena ada sesuatu yang menambahkan ilmu kepada pendengar. Kena kaitkan dengan ayat Quran dan hadith Nabi صلي الله عليه وسلم.

2. Kena sentuh isu semasa agar masyarakat faham pandangan Islam terhadap sesuatu isu.

3. Kena ada sesuatu bekalan amalan, agar pendengar dapat beramal selepas mereka mendengar kuliah atau ceramah. Kita pun akan mendapat pahala dari amalan mereka.

Dalam keghairahan berkempen, elok panduan ini dijadikan landasan agar tidak ghairah menghentam melulu, syok sendiri tanpa fakta yang betul, mendedah keaiban peribadi dan lain.

Seru mereka kepada kabaikan yang kita bawa. Lakukan apa yang dipandukan oleh Rasulullah kepada kita.

Sabda Rasulullah SAW;

ان هذا الدين يسر ولن يشاد الدين احد الا غلبه، فسددوا وقاربوا وبشروا وبشروا والستعينوا بالغدوة والروحة وشيء من الدرجة. رواه البخاري

Sesungguhnya agama itu mudah,dan tiada seorang yang memperdulikan agama kecuali pasti dikalahkan. Bertindaklah dengan tepat, lakukan pendekatan, sebarkan berita gembira, permudahkan dan gunakan siang dan malam hari serta sedikit waktu fajar sebagai penolongmu. (Hadis riwayat Al Bukhari).

Semoga PN memperolehi kejayaan.

Sirru Ala Barakatillah.

Tuan Ibrahim Tuan Man
7hb Nov 2022



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-07 11:59:55

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments