Ticker

6/recent/ticker-posts

SOKONGAN ANAK MUDA PRU-15



SOKONGAN ANAK MUDA PRU-15

KOTA BHARU - Pengundi muda memainkan peranan amat besar dalam memberi sokongan padu mereka dan telah dizahirkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lepas.

Jelas Menteri Besar Dato' Bentara Kanan YAB Ustaz Dato' Ahmad Yakob, hasil daripada gelombang sokongan itu telah menyaksikan Perikatan Nasional meraih majoriti yang berganda berbanding pada PRU sebelum ini sebagai contoh di Tumpat, Tanah Merah, Pengkalan Chepa, Gua Musang dan lain-lain.

Menurutnya, setiap mesej dan pandangan daripada golongan muda perlu didengari khususnya berkaitan isu-isu yang dikemukakan perlu di ambil berat.

Tambahnya lagi, pengundi muda kini sudah pandai memilih siapa yang sepatutnya menjadi pemimpin dan bukannya lagi melihat kepada sosok tubuh sebaliknya melihat akan dasar yang dibawa oleh parti itu sendiri.

Terdahulu, PRU-15 telah melakar sejarah baharu di Kelantan apabila menyapu bersih empat belas kerusi Parlimen yang didorongi oleh orang muda.

#ViraliyatBerita9pg





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-22 01:23:04

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments