TEBATAN BANJIR SUNGAI POHON CELAGI SIAP DISEMBER INI
PASIR MAS – Kerja-kerja pembinaan tebatan banjir di Sungai Pohon Celagi sudah memasuki fasa akhir.
Penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berpuas hati dengan progres kemajuan kerja yang teratur dan mengikut jadual.
Katanya, 97 peratus sudah siap, baki tiga peratus lagi dijangka selesai sepenuhnya pada Disember ini.
Beliau antara pemimpin yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah 200 penduduk yang terlibat dengan tragedi runtuhan tebing sungai itu pada pukul 5.30 pagi Rabu, 15 Februari 2021.
"Kita berharap ikhtiar mengelak bencana melalui projek pembinaan bernilai RM45 juta ini berjaya membantu penduduk daripada banjir, insya Allah," katanya semasa ke lokasi, diringi Penolong Jurutera Jajahan Pasir Mas, Wan Mohd Faiza Wan Zin, semalam.
Beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan misi demi kebajikan rakyat Pasir Mas khasnya Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan Kerajaan Negeri Kelantan serta agensinya.
"Selepas projek benteng ini siap, cita-cita saya ingin melihat Dataran Air Muleh dapat dihidupkan dengan aktiviti keluarga dan taman rekreasi serta pusat ekonomi untuk anak muda berniaga.
Semoga projek yang dijadualkan siap pada Disember 2022 ini akan menampilkan wajah baharu dan segar untuk Bandar Pasir Mas yang kita sayangi," ujarnya.
Tonton video kronologi insiden runtuhan tebing dan perkembangan terkini di pautan
https://fb.watch/gFyk6bVRnf/
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita4ptg
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-08 08:00:02
#semasa
#semasa
0 Comments