ANAK MUDA PERLU BERSUKAN, ELAK PERKARA NEGATIF - DR NIK ZAWAWI
PASIR PUTEH - Anak muda sangat bagus untuk bersukan, kerana selain dapat menjaga kesihatan, sukan juga boleh mengelak golongan belia daripada terjebak dengan perkara-perkara yang negatif,
"Kita di Parlimen Pasir Puteh sangat menyokong dan membantu sebarang penganjuran sukan atau aktiviti yang melibatkan masyarakat terutamanya golongan belia," kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, YB Datuk Dr Nik Zawawi Salleh.
Beliau ditemui pemberita semasa menziarahi atlet Para SUKMA XX MSN 2022, Ahmad Shahmim Mohd Kadri, 20 di Kampung Bukit Jawa, Selising, hari ini.
Beliau sangat kagum dengan pencapaian Ahmad Shahmim yang dapat memenangi pingat emas bagi acara powerlifting untuk kategori lelaki bawah 49 kg, yang sekaligus dapat memecah rekod kebangsaan dengan angkatan 100 kg pada angkatan ketiga dan rekod sendiri 104 kg pada angkatan ke empat semasa pertandingan.
Menurut Dr Nik Zawawi, kejayaan yang dicapai oleh Ahmad Shahmim itu menjadi bukti dan membuka mata masyarakat bahawa semua insan yang diciptakan Allah SWT ada kelebihannya yang tersendiri, yang penting usaha berterusan untuk berjaya.
Sebagai rekod, Kelantan berjaya membawa pulang 10 emas, 16 perak dan 10 Gangsa menjadikan Kelantan merangkul 26 pingat dan berada di tempat ke sembilan dalam sukan tersebut.
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-08 08:56:40
#semasa
#semasa
0 Comments