APA MAKSUD PERPADUAN YANG SEBENAR?
Musim-musim world cup ni teringat filem Ola Bola.
Filem Ola Bola memaparkan kisah benar Harimau Malaya yang ingin memasuki Sukan Olimpik Moscow, Rusia pada 1980.
Pemain pasukan bola sepak negara ketika itu mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting.
Ditambah pula hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Kisah Ali, Muthu dan Tauke misalnya. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di pentas dunia.
Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Mereka memilih untuk bersatu walaupun berbeza.
Mesej utama filem ini sebenarnya bukanlah tentang bola tetapi tentang semangat perpaduan dan muhibah.
Secara definisinya, perpaduan merupakan satu keadaan rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Perkara ini dinyatakan dengan jelas oleh Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, yang berlangsung pada Februari 1992.
Perpaduan bukanlah perkara yang asing namun sehingga hari ini ia menjadi perbincangan yang tak berkesudahan.
Selagi mana kita gagal meraikan perbezaan dan kepelbagaian, selagi itulah perpaduan sukar dicapai. Namun ia tidak mustahil kerana secara nalurinya, manusia inginkan penyatuan.
Mahu tidak mahu, fitrah ini perlu dipandu oleh agama fitrah kita. Contohi Rasulullah SAW. Gagasan penyatuan ummah Baginda menjadi faktor kejayaan negara Madinah.
Kemajmukan Madinah menaungi bangsa-bangsa dan kabilah yang berbeza-beza. Mereka disatukan di bawah panji keadilan Islam yang memerintah. Sehingga bangsa yang bukan Arab, agama yang bukan Islam merasa aman dan selamat ditadbir oleh Nabi Muhammad SAW.
Inilah perpaduan yang kita impikan. Perpaduan yang tidak menzalimi mana-mana pihak. Jika kerana bola kita boleh bersama, kenapa tidak kerana negara dan bangsa juga?
Siapa yang benar-benar memahami makna perpaduan dan penyatuan ini pasti dengan terbuka akan menerima.
Piala Dunia Qatar 2022, anda sokong pasukan mana?
#PrihatiN
#BersihdanStabil
#PNBEST

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-06 06:56:50
#pas
#pas
0 Comments