Hari ini saya di Marang, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu bagi melawat serta mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir.
Seramai 3,074 keluarga dan 10,073 mangsa bagi ketiga-tiga kawasan ini telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Atas Tol, Sekolah Kebangsaan Rusila, Sekolah Kebangsaan Rawai, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan, Sekolah Kebangsaan Paloh, SK Kuala Jeneris, Masjid Tengkawang, SK Kuala Berang dan PPS Kg Baru Sg Binjai.
Alhamdulillah jumlah mangsa yang berlindung di PPS Terengganu telah menurun kepada 38,574 berbanding 40,456 orang pagi tadi.
Insya-Allah bantuan akan terus dihantar kepada mangsa yang terlibat.
Semoga rakyat Terengganu bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian banjir ini.
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-21 13:08:00
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments