LAZIMI DOA KETIKA HUJAN LEBAT
Imam al-Nawawi Rahimahullah ada menulis dalam kitabnya, al-Adzkar (ms. 182), satu bab yang bertajuk "Apa yang perlu seseorang itu baca ketika hujan turun dengan terlalu banyak sehingga ditakuti berlakunya mudarat."
Beliau menyebut tentang satu riwayat daripada Anas bin Malik RA bahawa seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah SAW perihal kemarau yang mereka alami sehingga rosaklah harta dan jalan. Lalu Baginda SAW yang ketika itu sedang berkhutbah lantas berdoa dan hujan pun turun dengan lebat. Apabila hujan turun dengan begitu lebat sehingga seminggu tidak nampak matahari, maka datang kembali lelaki tadi dan meminta doa daripada Rasulullah SAW agar Allah SWT menghentikan hujan kerana harta dan jalan.
Maka Rasulullah SAW berdoa:
اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
Maksudnya: "Ya Allah! (Kami bermohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya Allah! (Alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung ganang dan bukit bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok."
Riwayat al-Bukhari (1014)
Maka berhentilah hujan dan keluarlah matahari.
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-18 07:55:31
#pas
#pas
0 Comments