Ticker

6/recent/ticker-posts

Pagi ini meninjau aduan para pengusaha ikan kerapu hibrid Laguna Semerak yang terjejas akibat air ba...



Pagi ini meninjau aduan para pengusaha ikan kerapu hibrid Laguna Semerak yang terjejas akibat air banjir tempoh hari.

Punca utama kematian ikan-ikan disini adalah akibat muka kuala tertutup dan air banjir masuk ke kawasan ternakan ini. Isu ini berlaku setiap tahun dan telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit.

Difahamkan isu muka kuala semerak ini telah masuk dalam RMK 12 serta saya juga telah beberapa kali bertemu YB Menteri sebelum ini di era PH dan juga PN-BN. Kita mohon kerajaan persekutuan dan jabatan yang terlibat segerakan projek pembinaan muka kuala ini supaya isu berkurun lama ini dapat diselesaikan.

Disini merupakan tempat terbesar ternakan ikan kerapu hibrid di Kelantan, kita tidak mahu menjejaskan kawasan yang menyumbangkan kepada sumber makanan kita. Terima kasih YB Wan Hassan Wan Ibrahim ADUN Semerak dan Jabatan Perikanan Negeri Kelantan yang turut bersama pagi ini.





















(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-29 03:02:15

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments