Sebaik sahaja Sidang Dewan Rakyat tamat pagi tadi, saya terus bergerak ke Kemaman dan Dungun untuk melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Seberang Tayor, Tebak dan Kemasik.
Saya ditemani Ahli Parlimen Kemaman, YB Che Alias Hamid, Exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Chukai, YB Haji Hanafiah Mat dan ADUN Air Putih, YB Cikgu Abdul Razak Ibrahim.
Setakat jam 4 petang, keadaan banjir di Dungun menunjukkan peningkatan mangsa banjir berjumlah 2,913 orang yang melibatkan 831 keluarga. Di Kemaman, seramai 2,597 keluarga telah dipindahkan ke PPS dengan jumlah 10,042 orang.
Saya mengharapkan mereka sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini. Insya-Allah kami akan terus menghantar bantuan segera kepada rakyat yang terkesan.
Terima kasih diucapkan kepada pihak keselamatan yang menjalankan tugas menyelamat dan memindahkan mangsa banjir ke tempat yang selamat.
Marilah kita berdoa agar dijauhkan dan diselamatkan diri dan keluarga daripada bencana ini.
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-20 11:59:37
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments