Tahniah PM kerana telah menurunkan cabutan judi.
Usaha tu bagus tapi tak perlulah ditambah dengan FITNAH. Adakah penyokong PH sudah habis modal untuk burukkan PAS sehingga sanggup kitar semula fitnah kata PAS sokong peningkatan cabutan judi?
Dalam PAS, kami diajar berpolitik secara matang dan sejahtera.
Untuk makluman semua, dari dulu PAS membantah langkah kerajaan menambah kekerapan cabutan khas judi. Boleh baca di sini, https://bit.ly/3XZ3UeN
Untuk makluman semua juga, cukai judi menunjukkan penurunan mendadak sepanjang PN memerintah kerana banyak pusat judi berjaya ditutup di negeri-negeri PAS memerintah.
Sekarang PM tambah pula sentimen minta orang membayangkan PN menggunakan dana judi untuk bantu kempen PRU.
Buat apa bayang-bayang. Kalau ada bukti, kemukakan lah. Kasihan, sudah jadi kerajaan pun masih ada mentaliti pembangkang.
Semoga Allah beri hidayah kepada pemfitnah untuk kembali ke jalan yang benar.
Alang-alang, saya nak cadang kepada kerajaan untuk hapuskan terus judi macam yang dilaksanakan di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ada berani?
#MalaysiaSejahtera
YB Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Khirudin
Ketua Penerangan PAS
Ahli Parlimen Jerantut
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-06 07:45:11
#pas
#pas
0 Comments