Ticker

6/recent/ticker-posts

AMARAN HUJAN LEBAT DI KELANTAN, MULAI ESOK KOTA BHARU – Amaran hujan lebat berterusan tahap berwasp...



AMARAN HUJAN LEBAT DI KELANTAN, MULAI ESOK

KOTA BHARU – Amaran hujan lebat berterusan tahap berwaspada dijangka melanda beberapa kawasan di Kelantan mulai esok.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, amaran tersebut bermula pada Jumaat dan jangka berakhir pada Sabtu melibatkan jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Sementara itu, berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di pantai timur Semenanjung pada 6 hingga 9 Januari 2023.

Keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut.

Dalam kenyataan yang sama, amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan juga telah dikemaskini berkuat kuasa sehingga 8 Januari 2023.

Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-05 07:57:55

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments