Ticker

6/recent/ticker-posts

PELAN ASAL ECRL STESEN PENGKALAN KUBOR WAJAR DITERUSKAN KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan meminta Kera...



PELAN ASAL ECRL STESEN PENGKALAN KUBOR WAJAR DITERUSKAN

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan meminta Kerajaan Persekutuan melaksanakan pelan asal jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sehingga Pengkalan Kubor, Tumpat seperti dipersetujui pada awalnya.

Exco Infrastruktur negeri, YB Dato' Sr Azami Mohd Nor berkata Kerajaan Negeri Kelantan berpuas hati dengan kemajuan semasa ECRL yang mencapai status 47.71 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur dan proses pengambilan tanah selesai sepenuhnya.

Katanya, Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan pembangunan projek berimpak tinggi melibatkan kemudahan rakyat Kelantan.
Oleh itu, selari dengan penumpuan serius terhadap menggandakan pertumbuhan di negeri kurang membangun dalam RMK-12, beliau berharap atas semangat federalisme, Kerajaan Pusat bersikap profesional dengan memasukkan stesen Pengkalan Kubur berdasarkan rancangan jajaran asal ECRL.

"Untuk kepentingan kemudahan dan pembangunan sosio-ekonomi rakyat, stesen ECRL di Pengkalan Kubur amat perlu kerana Kerajaan Negeri sedang rancak merancang pelan pembangunan di Tumpat. Jika jajaran ECRL hanya setakat di Tunjung, tergendalalah perancangan pembangunan bersepadu di Tumpat," jelasnya dalam sesi taklimat kemajuan projek di Tapak ECRL Seksyen 1, Tunjung, hari ini.

Taklimat kemajuan projek kereta api berkelajuan tinggi itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif MRL Dato' Sri Darwis Abdul Razak.

Beliau menyatakan jajaran tersebut adalah sebahagian jajaran ECRL tahun 2017 dan ia tidak diteruskan sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan kos projek ECRL secara keseluruhannya.

"Tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Persekutuan, dan jika diberi peluang, pihak MRL boleh melaksanakan pembangunan jajaran tersebut sebagai kesinambungan pembinaan jajaran sedia ada selain bagi membuka lebih banyak manfaat kepada rakyat khasnya peningkatan pembangunan hartanah dan perkembangan ekonomi masyarakat setempat di sepanjang jajaran tersebut.
Sekali gus melengkapkan jaringan rel dua sempadan Malaysia dan Thailand " katanya.



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-19 10:10:47

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments