Ticker

6/recent/ticker-posts

Saidina Abu Bakar memberikan sebuah perutusan yang panjang kepada bala tentera Islam untuk menghadap...



Saidina Abu Bakar memberikan sebuah perutusan yang panjang kepada bala tentera Islam untuk menghadapi golongan murtad.

Hal ini menggambarkan tindakan yang diambil terhadap kumpulan murtad itu ditangani dengan penuh bijaksana berdasarkan beberapa pendekatan:

1. Penjelasan secara motivasi, berkenaan ajaran Islam yang baik bagi mereka di dunia dan di akhirat.

2. Menyedarkan mereka yang murtad itu sebenarnya mengikuti kesesatan pemimpin-pemimpin yang menipu dan pembohong besar yang menjadi tentera syaitan.

Mereka yang murtad adalah dalam kalangan bangsa Arab, bangsa yang sama dipilih Rasulullah SAW menjadi pesuruh Allah SWT dan al-Quran juga diturunkan dalam bahasa Arab.

Mereka mampu memahami Islam secara fitrah dan paling dekat, maka tiada kemaafan bagi mereka melainkan kembali kepada Islam.

Berbeza pula keadaannya dengan kaum lain yang memerlukan penjelasan yang lebih panjang untuk memahami Islam.

Perkara ini menjadi hujah kepada para ulama' untuk menetapkan hukum bahawa tiada pilihan bagi bangsa Arab selain daripada menerima Islam secara paksa, setelah mereka diberikan masa bertahun-tahun melihat Islam secara amali pada zaman Rasulullah SAW.

Kuliah Duha Jumaat, 19 Jumada al-Akhirah 1444H





















(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-14 10:20:07

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments