Alhamdulillah, pada hari ini Kerajaan Negeri telah melancarkan Sistem Pengurusan Bencana Negeri
(E-Bencana).
Pelancaran Sistem E-Bencana ini merupakan satu langkah yang penting dalam usaha Kerajaan Negeri memastikan pengurusan bencana negeri secara sistematik dan bersepadu.
Persiapan bagi menghadapi bencana adalah satu proses berterusan yang sentiasa perlu dikemaskini agar sentiasa mutakhir serta inklusif supaya dapat melahirkan satu ekosistem pengurusan yang terbaik, berdaya tahan dan bertepatan dengan matlamat Maqasid Syariah untuk pemeliharaan akal, nyawa dan harta pada setiap masa.
Dengan adanya persediaan yang sistematik dan penggunaan teknologi sekurang-kurangnya kita berupaya memberi kesedaran dan mendidik komuniti sebelum berlakunya bencana. Ini bagi memudahkan fasa seterusnya dalam menghadapi bencana iaitu fasa bertindak (response) dan pemulihan (recovery).
Untuk rekod, bagi Monsun Timur Laut 2021/2022, dianggarkan sebanyak RM107 juta kos baik pulih infrastruktur yang rosak akibat bencana banjir telah dikenalpasti. Infrastruktur yang terlibat adalah jalan, jambatan, sistem saliran dan pengairan, jeti dan cerun.
Manakala, sebanyak RM65.3 juta dianggarkan kos baik pulih infrastruktur yang rosak ketika MTL 2022/2023 berdasarkan data yang direkodkan sehingga kini dan angka tersebut dijangka akan bertambah setelah proses pengumpulan data selesai.
Saya yakin sistem E-Bencana negeri Kelantan akan menjadi nilai tambah bagi mewujudkan satu mekanisma pengurusan yang lebih kemas, menentukan peranan serta tanggungjawab agensi-agensi yang terlibat semasa bertindak menangani sesuatu bencana, mengelakkan berlakunya pembaziran sumber, kekeliruan, konflik dan percanggahan.
Ini sekaligus dapat memberi perkhidmatan terbaik dalam melindungi dan menjamin keselamatan rakyat, memperkemas proses penyaluran bantuan dan mengurangkan risiko kerosakan harta benda.
#MerakyatMembangunBersamaIslam
...
-Baca seterusnya...
2023-02-07 08:50:44
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments