Apabila berlaku suatu kemungkaran dan ia tidak dicegah maka Allah SWT turunkan bala. Turunnya bala terhadap semua sama ada kepada orang yang jahat atau baik.
Turkiye baru-baru ini telah ditimpa bencana gempa bumi yang mencecah 7.8 magnitud yang telah menjejaskan rakyat Turkiye.
Lebih 41,000 kematian yang dicatatkan setakat ini dan beratus ribu mangsa yang cedera.
Negara-negara Eropah pula tidak menunjukkan kesungguhan untuk membantu Turkiye yang ditimpa bencana.
Mereka lebih cenderung membantu Ukraine yang berperang sehingga mencecah billion demi mempertahankan kedudukan mereka.
Maka tanggungjawab untuk membantu saudara-saudara kita ini jatuh ke bahu kita sendiri. Pasukan Malaysia sudah ada yang berada di sana bertugas bagi membantu rakyat Turkiye yang terjejas.
Bagi yang tidak mampu memberikan bantuan di sana, tanggungjawab kita adalah untuk memberikan sumbangan kepada saudara-saudara kita ini.
[ Pelancaran Tabung Kemanusiaan Terengganu For Turkiye, 17 Februari 2023 ]
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-17 09:49:53
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments