Islam menetapkan beberapa konsep yang menjelaskan pelaksanaan politik Islam dengan menepati prinsip dan mengikuti kebijaksanaan yang dipandu dengan sebaik-baiknya.
Konsep ini boleh dijadikan sebagai satu garis panduan kepada pemimpin politik supaya mereka memerintah atas prinsip yang benar dan teguh.
Pemimpin perlu mematuhi kaedah dan peraturan yang ditetapkan itu dan boleh disesuaikan mengikut perkembangan dan realiti semasa dalam kehidupan manusia. Dalam syariat Islam, ada beberapa perkara yang perlu difahami. Antaranya ialah Istiqamah.
Istiqamah ialah berpegang teguh kepada prinsip yang diyakini dan mengikuti pelaksanaan yang betul. Istiqamah atau konsisten ialah suatu komitmen dan ketaatan kepada perintah Allah SWT tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif seperti korupsi, kronisme, dan nepotisme serta sebarang bentuk tekanan dan kepentingan.
(Abdul Hadi Awang, Islam dan Demokrasi)
------------------
Untuk mengetahui isi kandungan buku Islam dan Demokrasi dengan lebih lanjut, sila tekan pautan di bawah:
https://buku.pustakapermataummah.com/order/form/umum
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-02 12:09:23
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments