LEBIH 30 TAHUN DI BAWAH DASAR MBI TIADA MASALAH HUBUNGAN KAUM
KOTA BHARU - Selama lebih 30 tahun Kelantan berada di bawah dasar "Membangun Bersama Islam" (MBI) tiada masalah hubungan kaum berlaku.
Demikian menurut Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika berucap sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2023 Peringkat Parlimen Kota Bharu di Dewan Perniagaan Cina, semalam.
Katanya, selama tempoh itu setiap kaum bebas mengamalkan ajaran agama, kebudayaan dan adat resam masing-masing tanpa sebarang diskriminasi kaum.
"Hubungan di antara kaum Melayu, Cina, India dan Siam di negeri Kelantan cukup mesra dan harmoni seperti adik beradik. Semua kaum bekerjasama dan berhubung mesra di bawah semangat Satu Kelantan," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato' Md. Anizam Ab. Rahman turut menyatakan bahawa keharmonian kaum yang wujud di Kelantan menjadi pemangkin untuk pembangunan sosio ekonomi, kebudayaan dan diplomasi.
"Dasar MBI telah memberi keselesaan kepada semua kaum di Kelantan untuk menjalankan aktiviti harian dan hubungan sesama kaum," katanya.
Program dengan kerjasama Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri (UPKN) itu dimeriahkan dengan tarian singa, cabutan bertuah dan agihan ang pau kepada kanak-kanak dan warga emas.
Turut hadir, ADUN Bunut Payong, YB Dato' Dr Ramli Mamat, ADUN Tanjong Mas, YB Rohani Ibrahim, Setiausaha DUN Kota Lama, Mortazi Ismail, Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Kelantan, Michael Ong serta wakil pertubuhan dan persatuan Cina.
Ikuti berita berikutnya dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita1ptg
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-05 05:00:01
#semasa
#semasa
0 Comments