MODEL PERPADUAN KAUM, HARAPAN KERAJAAN NEGERI - TMB
GUA MUSANG - Besar harapan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Kelantan sebagai model hubungan perpaduan kaum yang harmoni.
"Pimpinan dan persatuan antara kaum berperanan penting dalam menyatukan kaum Melayu, Cina, Siam, India dan Orang Asli yang ada di Kelantan ini untuk kekal aman dan menjadi contoh kepada masyarakat di luar sana."
Demikian ucapan Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato' Mohd Amar Abdullah di Sambutan Tahun Baharu Cina 2023 Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Pusat Sivik Gua Musang, semalam.
Katanya lagi, perkara yang menarik dalam sejarah Gua Musang ialah lokasi di Pulai atau Galas menjadi penempatan pertama orang Cina di Kelantan atas faktor sumber buminya yang mengadungi emas.
Sementara itu, Exco Perpaduan YB Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman berkata, Parlimen Gua Musang terpilih untuk diadakan Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri kali ini kerana penduduk kaum Cina yang paling ramai yang terdiri daripada pelbagai dialek komunikasi seperti Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan dan Fuzhou.
Selain itu, program anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) itu cukup meriah dengan kehadiran ahli silap mata dari Penang dan persembahan tarian singa yang memukau mata hadirin yang memenuhi dewan.
#KelantanMajuRakyatSejahtera
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-04 03:17:19
#semasa
#semasa
0 Comments