Perutusan Israk dan Mikraj.
Firman Allah :
سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ
Maksudnya : "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."(Surah Al-Isra' : 1)
Peristiwa Israk dan Mikraj mempunyai hubung kait dengan perintah menunaikan ibadat solat. Begitu besarnya kefarduan solat sehingga pensyariatan solat diperintahkan secara langsung daripada Allah SWT dan sudah pasti ia mempunyai hikmah yang besar di samping maqasid tertentu yang hendak dicapai.
Maka, Kerajaan Negeri menganjur Sambutan Bulan Solat setiap tahun mengambarkan usaha yang istiqamah dalam mengangkat kepentingan ibadat solat kepada rakyat sekaligus pemangkin kepada keutuhan dasar Membangun Bersama Islam.
Kita perlu berusaha menyedarkan umat Islam bahawa solat adalah penanda aras kepada kekuatan agama, akhlak dan amal mulia.
Tegaknya ibadat solat bermaksud tegaklah agama dan terabainya solat adalah seumpama meruntuhkan agama.
Dengan demikian, kekuatan akar umbi ummah ialah kesungguhan melakukan ibadah solat samada dari sudut kesedaran, kefahaman, pengamalan dan pembudayaan.
Dato' Bentara Kanan
Ustaz Dato' Hj Ahmad Bin Yakob
Menteri Besar Kelantan
27 Rejab 1444 / 17 Februari 2023
...
-Baca seterusnya...
2023-02-17 11:17:52
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments