Rata-rata lebih 4000 pengunjung tempatan dan luar negara ke Muzium Negara semalam pulang dengan seny...



Rata-rata lebih 4000 pengunjung tempatan dan luar negara ke Muzium Negara semalam pulang dengan senyuman kepuasan menikmati juadah Gulai Kawah, Lompat Tikam, Akok, Pulut Panggang, Ubi Rebus, Apam Bakar, Beko dan bermacam lagi hidangan tradisional Kelantan. Sambil terlibat dalam aktiviti pembuatan wau, tembikar, batik dan lain-lain permainan tradisional. Program KACF yang bertujuan mempromosikan budaya, seni warisan, makanan dan adat tradisi rakyat Kelantan sebagai produk pelancongan dan juga model perpaduan masyarakat majmuk. Jelajah KACF ini telah ke Langkawi, kini di Kuala Lumpur dan insyaAllah akan bertandang ke lokasi tang akan dimaklumkan kelak. Sama-sama kita sokong seni budaya, warisan dan produk "Cradle of Malay Culture" ini.

























(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-26 06:59:48

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments