Ticker

6/recent/ticker-posts

Sambungan ayat ke 27 dari surah Al-Kahfi secara langsung Maghrib nanti menerusi Facebook dan secara ...



Sambungan ayat ke 27 dari surah Al-Kahfi secara langsung Maghrib nanti menerusi Facebook dan secara bersemuka di Masjid As-Siddiqin, Mukim Panchor, Kota Bharu, Kelantan.

Minggu lalu diakhiri dengan kisah kehebatan Abdullah Bin 'Abbas yang tiada tandingan.

Alimnya orang pada zaman dahulu tidak sama dengan orang pada zaman sekarang. Orang yang paling dalam ilmunya dalam kalangan umat Islam ialah Abdullah Bin 'Abbas. Rasulullah sendiri berdoa:

"Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran)."

Selepas turunnya surah al-Fath, semua Sahabat berasa gembira kerana telah menang kecuali Ibn 'Abbas. Beliau bersedih kerana hal itu menunjukkan sudah habislah perjuangan Nabi dan sampai masa untuk kembali kepada-Nya. Sebab tugas Nabi adalah membawa agama. Setelah itu, akhirnya Nabi jatuh sakit dan kemudian wafat.

Hebatnya Ibn 'Abbas, berkat doa Nabi, tafsirannya boleh melangkau jauh.

https://harakahdaily.net/index.php/2023/02/24/menelusuri-kisah-agung-surah-al-kahfi-5/

...
-Baca seterusnya...
2023-02-27 09:59:20

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments