Trust deficit yang tercetus ini disebabkan mungkin oleh parti-parti politik yang mengheret masa rakyat Malaysia ini selama 60 tahun hingga membarah. Maka, the time is now. Cukuplah sudah 66 tahun negara kita telah merdeka. Kalau kita dulu dijajah oleh Jepun, dijajah oleh Portugis, dijajah oleh British tetapi rakyat negara kita ini bukan orang Jepun, bukan orang British, bukan orang Portugis. Kalau asal usulnya dari Jawa, China, India, negara kita ini bukan China. Jadi kita tak boleh kecinaan lebih daripada orang China. Begitu juga dengan India. Kita tidak boleh lebih India daripada orang India. Begitu juga dengan mungkin orang kata orang PAS di green wave ini seolah-olah Taliban. No! Saya hendak merekodkan di sini bahawa PAS bukan Taliban! PAS adalah Malaysian. Kita ada 33 tahun track record di Kelantan di mana keharmonian kaum ini jelas dipraktikkan bukan hanya dicakap, tetapi dipraktikkan.
Oleh kerana masa tak banyak, saya nak sebutkan tentang food security dan health security. Ini semuanya keperluan asas. Kita tak mahu, saya selaku doktor perubatan, takut apabila keterjaminan makanan ini mendesak, ada membingungkan kerajaan. Kita tidak mahu shortcut, kita tidak mahu kompromi daripada bekalan makanan yang low quality. Saya tidak ada masalah dengan istilah "rahmah" atau apa tetapi jangan sampai rakyat marhaen B40 diberikan bekalan makanan yang low quality dan mungkin juga menyebabkan mereka terdedah kepada kanser, autoimmune disease, kepada autisme dan sebagainya.
Saya ingin melontarkan kepada kerajaan. Malaysia dikatakan paling kaya ke-12 biodiversiti dalam dunia. Kita banyak air, sumber air, kita tak ada gempa bumi yang serius seperti Turki, Indonesia dan sebagainya.
Tanah kita subur, green. Jangan takut green wave. Jadi, sepatutnya kerajaan boleh dengan modal insan yang ada menggunakan teknologi, menggunakan segala ada. Saya percaya di Malaysia ini, ada orang bijak pandai. Give them the segala yang mereka perlukan, insya-Allah, mereka boleh. Food security, health security dan sebagainya. Melonjakkan negara kita menjadi negara yang makmur dan diberkati oleh Allah SWT. – HARAKAHDAILY 15/2/2023
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-16 00:39:23
#pas
#pas
0 Comments