05 Ramadan 1444 bersamaan 27 Mac 2023, Isnin.
YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan ketika hadir ke Majlis Ifftar bersama ECRL di Hotel Perdana, Kota Bharu.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), YBhg Datuk Seri Darwis Abdul Razak dalam ucapan antara lain memaklumkan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kemajuan 40.81 peratus bagi keseluruhan jajaran manakala 51.94 peratus di negeri Kelantan.
Projek akan siap sepenuhnya pada Disember 2026 dan akan bermula pada 1 Januari 2027 untuk kita sama-sama dapat menikmati ECRL. Insya Allah.
Dalam suasana keberkatan Ramadan, MRL turut memberikan sumbangan Ramadan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa' Lilbanin Sri Peraksi.
#MerakyatMembangunBersamaIslam





-Baca seterusnya...
2023-03-28 01:51:52
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments