500 PELAJAR TERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
KOTA BHARU - Seramai 500 orang pelajar menerima bantuan awal persekolahan dalam Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan DUN Tanjong Mas 2023 di Gelanggang Seni, semalam.
Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Mas, YB Rohani Ibrahim.
Dalam ucapannya, beliau berharap semoga dengan bantuan ini akan dapat meringankan bebanan keluarga pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan minggu depan.
"Terima kasih kepada semua penerima yang hadir dan mereka yang telah memberi kerjasama menjayakan program ini," katanya ketika ditemui.
Sebelum penyampaian sumbangan, majlis diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zainudin Ismail selaku penceramah jemputan yang berkongsi pengalaman dan tips dalam mendidik anak-anak.
Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita1ptg





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-15 05:07:44
#semasa
#semasa
0 Comments