7 Mac 2023, 15 Syaaban 1444H | Alhamdulillah, pagi tadi YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan telah berkesempatan menziarahi beberapa saudara kita di Kampung Jakar yang sedang diuji dengan kesihatan dan memberikan sedikit sokongan moral kepada keluarga yang baru sahaja kehilangan ahli keluarga mereka. Kami mendoakan agar seluruh masyarakat sentiasa sihat dan dipanjangkan umur untuk beribadah kepada Allah.
Besar harapan kami agar kunjungan ziarah ini dapat membawa sedikit kegembiraan dan ketenangan di tengah-tengah kesulitan yang dihadapi. Teruslah berdoa dan bersama-sama kita mampu menghadapi ujian yang diberikan.
Selanjutnya, YB Dato' Dr. turut menghadiri kenduri di Kampung Awah. Semoga silaturahim di antara kita semua dapat terus dikekalkan. InsyaAllah.
[Admin]
#MerakyatMembangunBersamaIslam #BudayaKomunitiRabbani #temangansejahtera












(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-07 08:49:16
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments