Alhamdulillah, pagi tadi saya dan isteri hadir meraikan 270 pasangan dari 45 DUN dalam Majlis Raikan Cinta Perdana 2023.
Majlis Raikan Cinta dianjurkan untuk mempromosikan skim Gerbang Az-Ziwaaj kepada pasangan baru berkahwin dan memberi motivasi kekeluargaan.
Bermula 2011 hingga kini seramai 26,472 pasangan telah menerima skim Gerbang Az-Ziwaaj dengan peruntukan sehingga RM 3 juta setahun.
Kerajaan negeri sudah membelanjakan sebanyak RM62.7 juta untuk membantu pasangan yang baru berkahwin menerusi skim Bantuan Gerbang Az-Ziwaaj.
Tahniah saya ucapkan kepada semua pasangan dan Urusetia Belia Dan Sukan atas kejayaan penganjuran majlis pada kali ini.
#MerakyatMembangunBersamaIslam
#KelantanMajuRakyatSejahtera












-Baca seterusnya...
2023-03-11 06:45:15
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments