Banyak pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa menentang golongan murtad di Yaman. Keistimewaan yang ada pada negeri itu kerana telah menerima Islam tanpa berlaku peperangan.
1. Penduduknya menerima kepimpinan keluarga Syazan yang berasal dari Parsi, menunjukkan keimanan mereka itu menembusi semangat perkauman. Sikap itu kebiasaannya mempengaruhi masyarakat Arab yang lain, sehingga pemimpin murtad yang berpaut dengan anasir kabilah menemui kegagalan.
2. Keluarga Syazan yang berasal dari Parsi pula menunjukkan keimanan yang kental, dibuktikan dengan jihad sehingga terkorbannya para syuhada' dalam kalangan keluarga sendiri.
Mereka mara dengan gagah berani berdepan dengan cabaran di tengah-tengah masyarakat yang tidak sebangsa dengannya. Rasulullah SAW memberikan kepercayaan yang penuh kepada keluarga ini dan Khalifah Abu Bakar RA juga memberikan sepenuh kepercayaan.
3. Azad RA menjadi Muslimat contoh dengan penuh pengorbanan setelah suaminya gugur syahid dan beliau pula ditawan oleh al-Aswad yang mengahwininya secara paksa.
Namun, beliau tetap setia bersama Islam dan berperanan besar dalam membunuh pemimpin murtad itu sehingga mendapat berkat daripada doa Rasulullah SAW sebelum wafatnya.
[Kuliah Duha Jumaat, 24 Sya'ban 1444H]












(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-17 09:49:25
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments